Wednesday, July 22, 2009

amatilah hadis ini..sama-sama la muhasabah..



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.

(H.R.muslim)

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu".
Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.

2 comments:

  1. Lihat saja mentaliti dunia pada hari ini.
    Ada manusia yng pada paginya mengajar manusia ilmu2 agama namun pada malamnya pergi memuaskan nafsu di rumah2 pelacuran. Namun segalanya bergantung di atas diri kita..
    Oleh itu janganlah sekali2 cuba untuk memanjakan hawa nafsu..

    ReplyDelete
  2. ana setuju sangat ngn anta DR Farzy..sb zaman sekarang hawa nafsu terlalu di perajakan...sehinggakan kemungkaran dijadikan sebagai suatu mercu tanda kemajuan sesuatu bangsa..apa yang ana lbih nmpak..cthnya di persekitaran kita..setiap kolej..mlm ni mngjurkan forum..mlm esok plk mngadakn konsert y terlampau..seperti jgk hom heboh..betul kata anta..mnsia akhir zaman termasuk ana, terlalu memanjakan nafsu..

    ReplyDelete