Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".
H.R. Ibnu Ady
Keterangan
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.
Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
Salam,
ReplyDeletesudah tentu ya akhi..
hal ini jelas kita nampak di zaman kita nih.
Ulama' jadi ular dalam semak, kebenaran disembunyikan. Bak kata Imam Ghazali, ulama' itu ada 2:
1-Ulama' dunia (guna ilmu agama smata2 utk isi perut shaja dan jauh dari pengamalan)
2-Ulama' akhirat (ulama' yg betul berperanan sebagai ulama',xtakut kpd sebarang ancaman semata2 demi meninggikan islam)
wsalam ya akhi..syukran sb sudi taburkan benih ilmu dlm blogana..moga dgn benih ilmu ini mnjadi keuntungn u dri ana serta pembacanya dlm mndptkn kbhgiaan ukhrawi..chayakk..barakallah..
ReplyDelete