Tuesday, August 31, 2010

kepimpinan

syukur pada Allah kerana telah melantik diri kita  menjadi tetamu bulan yang penuh kemuliaan ini. rugilah jiwa seorang mukmin seandainya tidak memanfaatkan dirinya dalam mengejar taqwa Allah dan teramat kesal juga seandainya  meredhakan diri mereka dipimpin oleh nafsu syahwat yang berpihakkan kemungkaran. kepimpinan teramat penting dalam diri orang muslimin yang mengejar tahap mukmin. seandainya kepimpinan di kuasai oleh nafsu, maka berjayalah calon yang mencitakan yang neraka Allah. sedangkan manusia yang dipimpin oleh iman kecewalah nafsu dan syaitan kerana tidak berjaya memesongkan jalan ke syurga.


apa yang hendak di coretkan oleh penulis adalah mengenai satu tajuk "kepimpinan" yang begitu sinonim pada jiwa yang mencintakan iman. realiti masyarakat Malaysia bila di sebutkan soal kepimpinan mereka lebih fokuskan kepada kepimpinan dari sudut politik, kepimpinan negara, kepimpinan keluarga dan sebagainya. Perkara ini membuatkan manusia alpa tentang tugas yang penting di amanahkan kepada mereka. Akibat tersalah pandang mengenai kepimpinan maka timbullah masalah yang berlaku pada masa kini seperti kes ayah rogol anak, kes rasuah, kes mencuri dan sebagainya.


 profesional barat iaitu E.E Jenning mengatakan  tentang maksud kepimpinan ialah pemimpin yang berusaha menguasai dan mempengaruhi orang lain dan dia anggap sebaga pemburu kuasa atau power seeker. bersesuain dengan sabda nabi s.a.w  “Tiap-Tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertangung jawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan, bertanggungjawab kepada majikannya, setiap kamu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis di atas, boleh difahami bahawa tahap yang pertama atau asas kepimpinan , seorang individu bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, kemudian hierarki kepimpinan meningkat setahap demi setahap - bermula dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat sehinggalah kepada kepimpinan yang tertinggi di peringkat negara dan dunia. Dalam semua peringkat kepimpinan ini, pemimpin bertanggungjawab penuh terhadap pengikut-pengikut atau orang yang dipimpinnya. Lebih tinggi kedudukan kepimpinan seseorang, lebih tinggilah amanah yang mesti dipikul olehnya. Pemimpinlah sebenarnya yang bertanggungjawab menentukan ke arah mana kepimpinan dirinya akan dibawa. Keharmonian atau kegelisahan yang wujud dalam dirinya berkait rapat dengan agenda yang dibawa oleh pemimpin. Banyak nas syarak yang menekankan fungsi kepemimpinan sebagai penggerak sosial dan mengakui kepemimpin mempunyai implikasi besar kepada corak atau pola perlakuan pengikut.

kepimpinan yang makin kita lupa adalah kepimpinan kepada anggota nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita. Allah anugarahkan nikmat mata yang boleh nampak, telinga yang boleh mendengar, akal yang boleh berfikir, kaki yang boleh berjalan dan sebagainya..adakah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita.? bila di ajukan soalan begitu, kita dapat menjawab dengan cukup lengkap dan sempurna, tetapi ingat!! kalau kita berkata tanpa melakukannya, sedarlah dengan amaran allah kepad kita dalam al quran Allah berfirman (yang artinya), “Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah karena kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (QS. Ash Shaff [61]: 2-3)


Allah juga menjelaskan dalam alquran tentang kebodohan manusia yang menyalahgunaakan nikmat yang diberikan kepadanya.dan membandingkan manusia sesat seperti binatang bahkan lebih sesat dari binatang. ayat ini memadailah amaran Allah kepada kita supaya berhati- hati dalam memanfaatkan nikmat yang dikurniakan kepadaNya, kerna kesemua kemudahan dan kenikmatan yang di anugeran olehNya pasti akan disoal.

kesimpulanya, sejarah telah membuktikan kenikmatan yang di anugerahkan Allah adalah ujian terbesar buat kita umat islam. manfaatkan apa yang di anugerahkanNya kerana di situ adalah kunci jalan ke syurga..sama bermuhasabah. kata saidina Ali : hisab lah diri kamu sebelum kamu dihisap.